Bismillahirrahmanirrahim..Assalamu'alaikum wbt..
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, ahli keluarga serta para sahabat.Sollu 'alan nabiy.. :)Alhamdulillah wa syukurillah.. hari ni masih lagi berkesempatan hidup dan merasai nikmat kurniaan Allah.Alhamdulillah juga kerana hari ni dapat tahu tawaran temuduga maktab,
Kullu Hamda Lillah, saya salah seorang yang terpilih.. ^^
''Jangan fikirkan pasal JODOH lagi.. usaha untuk mensoleh dan mensolehahkan diri masing2''
bercakap soal jodoh, ingatkah kita kalam Allah ni :
"perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. .. ramai yang mempertikaikan ayat ni..
'' saya orang jahat, buat maksiat sana sini, saya tak layak ke untuk laki-laki yang baik?'' ''InsyaAllah.. kamu orang baik-baik, pasti jodoh pun orang yang baik.''
begitulah ayat-ayat yang sering kita dengar . . . takkan ade laki-laki atau perempuan yang menginginkan pasangan yang tidak baik. Semua orang mengharapkan agar Allah mengurniakan jodoh yang baik pada mereka. Termasuk saya sendiri. (^^,)
cuba tanya diri saat ni, sejauh mana kita berusaha untuk menjadi seorang yang baik? Maaf andai saya agak kasar, tapi istilah soleh mensolehahkan diri ini jangan dibuat main. Kerana dari perhatian saya yang tak seberapa ini, kita sekarang hanya niat untuk soleh mensolehahkan diri untuk mendapatkan jodoh yang baik.Ya, tidak salah. Mengubah diri untuk menjadi lebih baik itu satu kewajipan dalam diri kita. Tapi ramai yang terlalu ingin merubah diri untuk mendapatkan jodoh yang baik sedangkan lupa niat yang utama, iaitu kerana Allah SWT. Sepatutnya kita berusaha merubah diri untuk mencapai keredhaan Allah SWT terlebih dahulu. Dengan sendirinya, jodoh yang baik akan datang pada kita. Yakinlah kerana hal ni Allah dah maktubkan dalam Al-Quran .
Manusia sememangnya dikurniakan sifat tergesa-gesa. Dan dek kerana sifat tergesa-gesa itulah kita jadi terlalu 'ghairah' untuk berubah hingga menyebabkan diri tak bersedia dan langsung tak istiqamah... Berubah ke arah yang lebih baik itu tak salah, tapi biarlah dengan istiqamah..Jangan terlalu mengharap untuk membuat perubahan yang besar, sedangkan kita tahu diri tidak bersedia.
Bukankah Allah suka pada sesuatu pekerjaan yang kecil, tapi dibuat secara istiqamah?
ada seorang sahabat ni, menyatakan niat pada saya untuk pakai purdah, saya menyambut baik perubahan tuu. Tapi bnde pertama yg saya tanyakan,
"Pakai purdah jangan main-main. Walaupun berpurdah tak wajib, tapi istiqamah itu lebih baik..jangan jadikan niqab sebagai trend zaman ni. Apa niat enti?betol2 dah bersedia ker? "
Dia ambik masa untuk fikir, dan akhirnya dia bagitahu saya bahawa dia dah bersedia. Alhamdulillah. . . satu lagi berita baik. Saya mulai tolong dia beli purdah.. Tapi belum sempat purdah tu sampai ke tangan dia,satu hari tuh, dia mesej saya.. Katanye, dia takut dengan cakap2 orang sebabnye sekarang ni dia dah mula pakai purdah, tapi kadang2 pakai n kadang2 buang. Bila saya tanyakan, bila waktu purdah tuh dibuang.. Katanye, masa ambik lesen kereta. Sebab dirasakan agak payah umtuk bercakap dengan cikgu..
Okayy, saya faham.. dan mulai bagitau dia untuk tajdidkan niat. Alhamdulillah.. bila diberitahu, dia pun memikirkan hal yang sama.. katanya, mungkin dia perlu fikirkan balik niat untuk pakai purdah tuh. Saya nasihatkan dia, biar masa yang menentukan andai benar Allah berkehendakkan kita untuk memakainya
Tapi satu benda yang saya hormat sangat2 pada sahabat saya yang sorang nih, iaitu semangat dia untuk berubah. Bila tahu satu2 benda tuh, dia akan cuba untuk lakukan. Dan selalu jugak dia bertanyakan soalan-soalan berkaitan agama pada saya. .. Dia begitu meraikan sahabatnya. Dan saya selalu merasakan diri dihargai. (walaupun sedar hakikatnya ilmu di dada tak seberapa). Jelas sekali kat sini, manusia bersifat tergesa-gesa. Saya sendiri pun, ini fitrah. Kadang2 saya terlalu cepat nakkan perubahan sehinggakan lupa nak perbaharui niat kerana Allah. Allahurabbi~
Tapi, ade hikmahnya.. dalam masa pengislahan tu, pertanyaan demi pertanyaan seseorang pada saya menyebabkan saya nekad untuk tolong walaupun kdg2 benda yang ditanya tuh saya sendiri tak tahu. Tapi untuk jadi lebih baik, saya tanya sahabat yang lain, dan bagitahu dia pulak.. Dengan cara tuh, ilmu dapat dikongsi, saya pun dapat ilmu atas pertanyaan dia, dan dia pun dapat jawapan untuk pertanyaan tu. Dengan cara nih, kami dapat mensolehahkan diri masing2. Banyak yang saya nak kongsi dengan sahabat semua, tapi mungkin di lain kali ye.. ^^ semoga bermanfaat untuk sahabat sume walaupun sdikit, Ini saje yang saya mampu.. :)itu saje untuk hari ni.. Asif 'ala kulli hal (minta maaf atas smua perkara).
Alhamdulillah wa syukurillah. Wallahua'alam.. (:
No comments:
Post a Comment